Malaysia

Ular sawa batik 15 kg, tiba-tiba jatuh dari siling rumah di Kuala Pilah

Kuala Lumpur, Sept 6 – Sebuah keluarga berdepan dengan detik cemas apabila seekor ular sawa batik seberat kira-kira 15 kilogram(kg) secara tiba-tiba jatuh dari siling rumah mereka di Rumah Rakyat Padang Lebar, Batu Kikir,Kuala Pilah semalam.

Menurut sumber,Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Pilah, Leftenan Mohamad Ghazali Abd Rahim berkata, setibanya di lokasi, pihaknya dimaklumkan terdapat seekor ular di dalam bilik air.

Katanya, salah seorang penghuni rumah, iaitu seorang lelaki warga emas, sempat menghalau ular itu masuk ke dalam bilik air lalu mengurungnya.

Ular sawa itu berjaya ditangkap dan dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah Kuala Pilah sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker