Ular sawa batik ditemu dalam kawasan;mengemparkan situasi di Alor Gajah
Kuala Lumpur, Nov 9 – Kehadiran seekor ular sawa batik dalam kawasan Sekolah Rendah Agama, Jabatan Agama Islam (JAIM) di Taman Sutera,Alor Gajah mengemparkan situasi di situ.
Seorang murid perempuan dikatakan terpandang objek berkilat dalam longkang semasa bermain bersama rakannya berdekatan kantin sekolah berkenaan sebelum melaporkan penemuan ular sawa itu kepada gurunya.
Sejurus itu, guru sekolah berkenaan yang hanya hendak dikenali sebagai Aizat berkata, selepas memeriksa dan mengenal pasti objek itu adalah seekor ular sawa beliau terus menghubungi Pejabat Daerah Pertahanan Awam Malaysia (PDPA) Alor Gajah untuk bantuan menangkapnya.
Kapten (PA) Shahrulnizam Mad Shah berkata, pihaknya mengambil masa sekitar 20 minit untuk menangkap ular sawa yang berpanjang kira-kira tiga meter, dengan berat hampir 30 Kilogram.
Mengulas, beliau berkata pihaknya akan membawa ular sawa berkenaan ke pejabat APM Alor Gajah untuk tindakan lanjut.