Malaysia

UM kini berada di tempat ke-58 dunia

Universiti Malaya (UM) buat pertama kalinya mencatat pencapaian tertinggi dalam sejarahnya apabila menduduki tempat ke-58 dunia dalam senarai QS World University Rankings 2026, mengatasi kedudukan ke-60 pada tahun lalu.

Skor keseluruhan UM mencecah 80.1 mata, menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelbagai indikator berbanding universiti terkemuka dunia lain.

Antara faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan ini ialah Reputasi Majikan (96.7), diikuti oleh Rangkaian Penyelidikan Antarabangsa (92.9), Reputasi Akademik (92.3) dan Kepelbagaian Pelajar (87.3).

UM turut menyerlah dalam aspek pelajar antarabangsa (86.8) dan kelestarian (84.7), membuktikan ia berjaya mengekalkan daya tarikan global dan komitmen terhadap alam sekitar serta masyarakat.

Naib Canselor UM, Prof Datuk Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman, berkata kejayaan ini menggambarkan komitmen berterusan universiti untuk memberi impak besar bukan sahaja dalam bidang akademik dan penyelidikan, tetapi juga kepada pembangunan negara dan kesejahteraan sejagat.

Daripada lebih 8,400 institusi yang dinilai, hanya 1,501 universiti disenaraikan secara rasmi dalam edisi 2026 ini, dan UM muncul sebagai peneraju di peringkat nasional dalam lima daripada sembilan indikator QS, memperkukuh lagi reputasinya sebagai universiti bertaraf antarabangsa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker