Malaysia

Usaha curi kabel gagal: Suspek cuba lari dengan Jaguar, ditahan polis selepas kemalangan

Kulim, 9 September –
Seorang lelaki yang menaiki kereta Jaguar untuk mencuri kabel milik sebuah syarikat telekomunikasi di kawasan Kulim, Kedah akhirnya tertangkap selepas terlibat dalam kemalangan.

Dalam kejadian sekitar jam 9.30 pagi semalam, kereta dipandu suspek melanggar sebuah motosikal di tepi Jalan Junjong.

Suspek berusia 36 tahun itu berjaya diberkas, manakala rakannya yang turut berada bersama melarikan diri.

Polis turut merampas kereta Jaguar berkenaan bersama peralatan mencuri kabel dan sejumlah dadah.

Hasil siasatan mendapati kereta Jaguar itu menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Ketika kejadian, suspek didapati berada di bawah pengaruh dadah, selain mempunyai sembilan rekod jenayah lampau.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker