EksklusifMalaysia

Usahawan wanita India diharap memanfaatkan dana tersebut

Kuala Lumpur, Oct 28 – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuksop), sasar peruntukkan khas sebanyak RM50 juta untuk usahawan wanita India menerusi Program PENN akan habis menjelang akhir tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, sejak PENN dilancarkan pada 13 April lalu sehingga 30 September, ini, lebih RM22 juta telah disalurkan kepada 2,644 wanita India yang menjadi Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Katanya, pihaknya melihat trend peningkatan permohonan dana PENN dan di negeri Perak ia mencatat penerima yang paling banyak iaitu seramai 818 penerima, diikuti Selangor 535 dan Pahang 292 orang.

Ahli Parlimen Sungai Buloh itu berkata demikian selepas Majlis Taklimat dan Penyerahan Pembiayaan Dana Khas PENN di Kuala Lumpur,hari ini.

PENN dilancarkan pada 13 April 2024 dengan dana khas berjumlah RM50 juta yang disediakan kepada Sahabat Usahawan India AIM melalui jumlah pembiayaan sehingga RM30,000.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker