Malaysia

Yusoff Rawther dibebas, tiada kes prima facie dadah dan senjata

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan bekas pembantu penyelidik politik, Muhammed Yusoff Rawther, daripada dua pertuduhan melibatkan pengedaran dadah jenis kanabis dan pemilikan dua pistol tiruan, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Yusoff, 32, sebelum ini didakwa atas pertuduhan mengedar 305 gram kanabis di hadapan Surau IPK Kuala Lumpur pada 6 September 2024, dan memiliki pistol tiruan di Jalan Bukit Kiara pada hari sama.

Kedua-dua pertuduhan itu memperuntukkan hukuman berat, termasuk penjara seumur hidup dan sebatan bagi kes dadah.

Perbicaraan bermula April lalu dengan 13 saksi pendakwaan termasuk pegawai serbuan, pegawai penyiasat, dan ahli kimia dipanggil memberi keterangan.

Namun, selepas menilai keterangan, mahkamah memutuskan pembelaan tidak perlu dipanggil, dan tertuduh dilepas serta dibebaskan daripada semua pertuduhan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker