Malaysia

Van sekolah langgar treler rosak, 3 cedera termasuk pemandu

JOHOR BAHRU , sebuah van sekolah yang membawa 21 pelajar melanggar belakang treler rosak di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Bandar Dato Onn, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Balveer Singh berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 2 petang apabila van dipandu lelaki tempatan berusia 46 tahun gagal mengelak treler yang berhenti di lorong akibat masalah enjin.

Akibatnya, pemandu van dan dua pelajar cedera dan dirawat di Hospital Sultan Ismail, manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker