Vanakkam Malaysia makin berpengaruh, pengikut TikTok kini 700,000

Platform media digital Tamil terkemuka, Vanakkam Malaysia, terus mencatat pencapaian membanggakan dengan melepasi 700,000 pengikut di TikTok baru-baru ini.
Kejayaan ini membuktikan kepercayaan dan sokongan kuat daripada penonton terhadap laporan berita yang telus dan berkredibiliti.
Selain TikTok, Vanakkam Malaysia juga mengukuhkan dominasinya di Facebook, YouTube, dan Instagram, dengan jumlah keseluruhan 1.25 juta pengikut serta lebih 100 juta tontonan setiap bulan.
Ini menjadikannya sebagai platform media Tamil paling unggul di Malaysia.
Vanakkam Malaysia melaporkan pelbagai berita termasuk isu semasa, politik, seni, sukan, ekonomi, kesihatan, dan hal ehwal masyarakat dalam format yang ringkas dan mudah diakses.
Platform ini juga memberi tumpuan kepada acara komuniti, isu awam, dan perkembangan sekolah Tamil melalui kandungan video yang menarik.
Pengurusan Vanakkam Malaysia berterima kasih kepada penonton setia dan para pengiklan atas sokongan berterusan serta berjanji untuk terus menyajikan berita berkualiti dengan penuh komitmen.