Kuala Lumpur, Julai 31 – Sejak semalam, video doktor selebriti, Dr Say tular meluakan rasa kekecewaan dengan insiden pembantu rumahnya yang membawa masuk dua lelaki ke dalam rumah tanpa pengetahuannya.
Menerusi perkongsian terbaharu Dr Say di Instagram, beliau mendedahkan dua lelaki itu dijumpai berada di atas katil sambil menyorok dalam kain selimut di bilik pembantu rumahnya.
Bagaimanapun Dr Say, memaklum tindakan telah diambil dan kedua-dua pembantu rumahnya dipulangkan kembali kepada agensi mereka
Mengulas lanjut, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu memberi muka kepada pembantu rumah kerana cuak kejadian seperti ini akan berulang.