Kuala Lumpur, Ogos 11 – Bintang tersohor Bollywood, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan menjadi sebutan orang ramai, selepas video Abhiskeh mengumumkan perceraian mereka tular di media sosial.
Walau bagaimanapun, sumber mengesahkan video itu palsu kerana ia dirakam menggunakan artificial intelligence (AI) yang memaparkan Abhhiskeh mengumum sebab hendak bercerai dengan Aishwarya Rai.
Susulan itu, video itu menarik perhatian warga net yang masing-masing berkata video itu palsu, dan turut menyatakan betapa bahaya teknologi AI kepada umat manusia.
Ada juga komen berkata, video seperti ini dapat menghancur kebahagiaan rumah tangga seseorang tidak kira siapa jua, dan ada juga komen memohon pihak berkuasa menurunkan video itu daripada media sosial, secepat mungkin kerana perkara itu tidak benar.