Malaysia
PDRM:Lelaki tular pukul anjing hingga mati telah ditahan
Kuala Lumpur, Nov 6 – Polis berjaya menahan suspek utama yang memukul seekor anjing hingga mati menggunakan batang besi, seperti yang tular di media sosial.
Suspek lelaki berusia 39 tahun itu, merupakan seorang mekanik, telah ditahan oleh IPD Keningau, di sebuah bengkel bertempat Kampung Patikang semalam.
Ketua Polis Daerah Keningau Superintendan Yampil Garai berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Keningau.
Katanya, suspek mengaku sebagai individu yang dirakam dalam kejadian berkenaan.
Sementara itu, video itu dirakam oleh rakan sekerjanya pada 24 Oktober lalu dan kini suspek direman pagi tadi hingga 9 November ini bagi membantu siasatan lanjut.