Malaysia
Volvo XC90 rempuh pelanggan dalam restoran KFC di Sitiawan

Seorang wanita warga emas cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan melanggar sebuah restoran makanan segera di Jalan Haji Mohd Ali, Seri Manjung, malam Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.09 malam itu, mangsa berusia lingkungan 70-an dipercayai sedang berada di dalam premis sebelum tersepit di bawah kenderaan jenis Volvo yang melanggar restoran berkenaan.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, sembilan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung dikerahkan ke lokasi.
Mangsa bagaimanapun telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan penyelamat tiba sebelum menamatkan operasi pada jam 9.49 malam.
Punca kejadian masih dalam siasatan.