Malaysia
Wan Fayhsal cadang tukar nama Rafflesia sempena Hari Merdeka

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan agar nama bunga Rafflesia ditukar sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.
Beliau berkata nama itu asalnya diambil sempena Sir Thomas Stamford Raffles, residen pertama Singapura, yang merupakan penjajah.
Cadangan tersebut disambut dengan maklum balas ringkas oleh Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Ghani yang menyatakan pihaknya terbuka jika ada nama lain yang lebih sesuai.
Rafflesia atau bunga Pakma pertama kali ditemui pada 1818 di hutan Sumatera dan Borneo, dengan nama spesies arnoldii diambil sempena Dr Joseph Arnold yang turut serta dalam ekspedisi penemuan tersebut.