Wanita bernasib baik,cedera ringan, kereta dipandunya bakar 100 peratus, akibat langgar bongkah batu di Seremban 2
Kuala Lumpur, Sept 20 – Wanita bernasib baik kerana kereta yang dipandunya terbakar 100 peratus,akibat melanggar bongkah batu di tengah jalan tetapi sempat melarikan diri dan mengalami kecederaan yang ringan di Jalan Mambau-Seremban2 pagi tadi.
Menurut sumber media,Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Ahmad Khomeini Kamarudzaman, kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.28 pagi tadi menyebabkan kereta jenis Proton Saga FLX yang dipandu mangsa musnah dijilat api.
“Kemalangan melibatkan sebuah lori membawa longkang konkrit dan dua buah kereta. Kereta jenis Proton Saga terbakar dan terdapat mangsa wanita yang cedera di tangan.
“Sebuah lagi kereta iaitu Perodua Axia dipandu seorang wanita berusia 30 tahun turut mengalami kerosakan selepas terkena jatuhan bongkah konkrit itu,” katanya
Mengulas, beliau Ahmad Khomeini berkata, kebakaran itu dapat dikawal dimana seramai 12 orang anggotanya turut terlibat dalam operasi itu.