Malaysia
Wanita dekati Sultan Perak dirujuk ke Hospital Bahagia

Wanita yang menceroboh pentas utama dan cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan Ahad lalu, telah dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) selepas tamat tempoh reman tiga hari.
Suspek berusia 41 tahun itu mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah serta rawatan psikiatri, selain masih dalam pengawasan pakar. Ujian air kencing bagaimanapun mengesahkan dia negatif dadah.
Insiden berlaku kira-kira jam 8.20 pagi apabila wanita berkenaan meluru ke arah Sultan Nazrin ketika baginda memberi tabik hormat.
Tindakannya sempat dihalang pasukan keselamatan sebelum dia ditahan untuk siasatan lanjut.