Wanita depan detik cemas, terperangkap dalam ruang bagasi bas, pemandu cuai

Kuala Lumpur, Julai 2 – Seorang wanita menerusi satu perkongsian di Xiaohongshu, berkongsi detik cemas yang dihadapi terperangkap dalam ruang bagasi bas ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu baru-baru ini.
Menerusi perkongsian itu, difahamkan wanita itu tiba ke destinasinya kira-kira jam 5.50 petang.Katanya, apabila dia turun dari bas untuk mengambil bagasinya, dia menyedari bahawa ia diletakkan “sangat jauh dalam ruang bagasi berkenaan dan wanita itu bertindak merangkak jauh ke dalam petak untuk mengambil bagasinya, tetapi dia kemudian terdengar bunyi pintu ditutup dan mendapati terperangkap dalam ruang bagasi berkenaan.
“Saya mengetuk pintu kompartmen berkenaan dengan tangan saya tetapi tiada siapa yang mendengar saya dan tiada siapa yang dapat membayangkan apa yang saya rasa ketika itu..
“Saya harap tiada siapa yang akan melalui apa yang saya lakukan. Ia benar-benar menakutkan,” kata wanita itu.
Mengulas lanjut, wanita itu memaklum pada jam 6.06 petang, selepas wanita itu membuat panggilan kecemasan pertamanya, bas itu berhenti dan mengeluarkan wanita itu dan wanita itu menangis kerana pemandu bas tidak memohon maaf malah berkata dia fikir wanita itu sudah pergi dalam keadaan cuai.
Selepas, perkongsian itu, pihak perkhidmatan pelanggan memohon maaf kepada wanita itu dan telah mengambil tindakan terhadap pemandu bas berkenaan.