Malaysia

Wanita dikelar suami di Sungai Ara stabil, suami dalam keadaan kritikal

Seorang wanita berusia 28 tahun yang dikelar leher oleh suaminya di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, Bayan Lepas pagi Rabu dilaporkan berada dalam keadaan stabil di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Suaminya yang berusia 30 tahun, yang juga disyaki sebagai pelaku, kini dalam keadaan kritikal di hospital yang sama akibat kecederaan parah di leher dan tangannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam, kejadian itu berlaku sebelum waktu Subuh dan disedari oleh ibu mangsa setelah mendengar jeritan anaknya dari tingkat atas.

Ibu mangsa kemudian naik ke atas dan melihat suspek sedang menindih mangsa sambil mengelar lehernya.

Ibu mangsa berjaya menarik mangsa keluar dari bilik, sementara suspek dilihat mengelar tangan dan lehernya sendiri menggunakan pisau yang sama.

Pasangan suami isteri yang telah berkahwin selama enam tahun merupakan guru di sebuah sekolah yang sama di daerah Timur Laut dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.

Setakat ini, polis masih menyiasat insiden tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker