Wanita disangka maut dibunuh, muncul depan rumah keluarga

Seorang wanita dari Madhya Pradesh yang disangka mati dibunuh pada tahun 2023 mengejutkan keluarganya apabila dia pulang ke rumah baru-baru ini.
Menurut laporan The Statesman, kepulangan Lalita Bai, 35, ke rumah keluarganya di daerah Mandsaur menyebabkan bapanya segera membawanya ke Balai Polis Gandhi Sagar untuk mengesahkan identitinya.
Sebelum ini, keluarganya telah melakukan upacara pengebumian berdasarkan pengecaman terhadap satu mayat yang ditemukan dengan tanda fizikal seperti tatu di tangan dan benang hitam di kaki.
Berdasarkan pengecaman itu, empat individu iaitu Imran, Shahrukh, Sonu, dan Ejaz telah disabitkan bersalah dan dipenjarakan.
Sebaliknya, Lalita mendakwa dia sebenarnya mengikut seorang individu ke kampung Bhanipura sebelum dijual kepada individu lain dengan harga kira-kira RM225,000.
Sepanjang tempoh kehilangan, dia berada di Kota, Rajasthan dan hanya berjaya melarikan diri baru-baru ini.