Malaysia

Wanita duduk di balkoni tingkat 14, maut terjatuh di Semenyih

Seorang wanita warga tempatan berusia 48 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah pangsapuri di Semenyih pada petang Khamis.

Menurut saksi kejadian yang juga pengawal keselamatan bangunan, mangsa dilihat duduk di balkoni rumahnya sebelum terjatuh ke kawasan parkir kenderaan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan paha oleh pembantu perubatan yang turut hadir di lokasi.

Mayat dibawa ke Hospital Kajang untuk tujuan bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker