Uncategorized
Wanita fail cerai, ChatGPT kantoikan suami berlaku curang

Seorang wanita di Greece nekad memfailkan cerai selepas mempercayai dakwaan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bahawa suaminya berlaku curang.
Menurut Greek City Times, wanita itu menggunakan ChatGPT untuk mentafsir gambar dan ‘meramalkan’ masa depan rumah tangganya bersama suami yang telah dikahwininya lebih 12 tahun.
Chatbot itu kononnya mendakwa si suami menjalin hubungan dengan wanita lebih muda dikenali sebagai “E”.
Namun, suaminya dalam satu temubual TV tempatan menafikan dakwaan itu, malah menyifatkan tindakan isterinya sebagai keterlaluan dan terlalu taasub dengan kepercayaan mistik serta trend tular.
Peguam lelaki itu turut menegaskan dakwaan berdasarkan AI tidak boleh dijadikan bukti sah untuk menuntut cerai.