Malaysia
Wanita hilang sejak 12 April ditemukan selamat, akui keluar rumah ikut rela hati

Wanita berusia 22 tahun yang dilaporkan hilang sejak lebihi dua minggu lepas ditemukan selamat dan berada dalam keadaan sihat.
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, Irdina Syifa, dia tampil membuat laporan polis pada Selasa selepas sehari laporan kehilangannya tular.
Kata Abdul Rozak, individu terbabit ada membuat laporan polis pada 29 April, semalam menyatakan yang dia keluar rumah pada 12 April lalu secara rela hati.
Sebelum ini, polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak lebih dua minggu lalu selepas kali terakhir keluar dari rumahnya di Relau pada 12 April lalu.