Malaysia

Wanita kejar, cuba tikam orang awam selepas rempuh motosikal di Kajang  

Seorang wanita bertindak menyerang orang awam dengan sebilah pisau di sebuah persimpangan lampu isyarat di hadapan pusat beli-belah Metro Point Complex, Kajang.

Kejadian yang tular di media sosial itu menunjukkan suspek merempuh sebuah motosikal sebelum keluar dari Proton Preve yang dipandunya lalu menyerang beberapa individu.

Dengan menumpu ke arah penunggang motosikal, seorang penunggang motosikal dikatakan telah dicederakan selepas cuba mengejar dan menikam beberapa orang di sekitar tempat kejadian.

Orang awam cuba menghalang tindakan suspek yang kemudian melarikan diri ke dalam sebuah pusat beli-belah berhampiran.

Bagaimanapun, wanita itu telah ditahan oleh pihak polis dan punca kejadian masih belum diketahui sementara menunggu kenyataan rasmi daripada polis.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker