Malaysia

Wanita Maut Dipercayai Ditikam Anak di Felda Ayer Hitam

Seorang wanita lingkungan usia 50-an maut dipercayai ditikam oleh anak lelakinya dalam kejadian di Felda Ayer Hitam, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata suspek berusia 20-an ditahan dan akan direman hari ini. Semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan ujian dadah negatif.

Mangsa ditemui tidak sedarkan diri oleh orang awam sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom pada jam 11 pagi.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker