Hiburan

Wanita rakam longkang rumah sumbat akibat jiran tidak bersih; Netizen cadang buat aduan Majlis Perbandaran

Kuala Lumpur, Julai 9 – Video seorang wanita tidak puas hati memaparkan bagaimana dia tinggal bersebelahan dengan jiran yang didakwa tidak bersih menjalankan perniagaan makanan dan minuman (F&B), kini tular di media sosial.

Menerusi video 27 saat, Tik Tok wanita berkenaan, dia berkongsikan bagaimana jirannya membiarkan longkang tersumbat dengan makanan dan sampah daripada perniagaan F&B mereka, mengakibatkan banjir semasa musim hujan.

“Longkang tersumbat melimpah setiap kali hujan menyebabkan kotoran tumpah keluar dan sampai ke rumah ibu saya,” katanya dalam video itu.

Susulan perkongsian video itu, ramai yang berkomen supaya wanita itu membuat laporan kepada Majlis Perbandaran supaya tindakan yang sepatut dapat diambil oleh mereka.

Ada juga komen berkata jiran perlu ada sifat bertolak ansur, perkara begini harus dibincang supaya tidak menjadi besar pada kelak hari nanti.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker