Malaysia
Wanita temu ajal tercampak dari SUV di Trong,Taiping

Kuala Lumpur, Ogos 20 – Seorang wanita temu ajal selepas tercampak keluar dari kenderaan jenis SUV dalam kemalangan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan di Trong, Taiping hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Fortuner yang terbabas dan terbalik, dimana dua mangsa terlibat.
Mangsa wanita disahkan meninggal dunia manakala seorang lagi mangsa lelaki mengalami cedera ringan.
Susulan itu, mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala lelaki yang cedera diberi rawatan awal oleh petugas kesihatan.