Malaysia

Wanita terjatuh dari tingkat 28 berpakaian kostum anime hamil lima bulan – Polis

Seorang wanita berusia 20-an ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 28 sebuah kondominium di Bayan Lepas, malam Rabu.

Mayat mangsa ditemui orang awam di kawasan parkir kira-kira jam 9 malam sebelum kejadian itu tular di media sosial.

Mangsa difahamkan sedang hamil lima bulan dan baru sahaja ditinggalkan kekasih, namun siasatan lanjut sedang dijalankan pihak polis. Kes setakat ini diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Penduduk mendakwa terdengar dentuman kuat sebelum menemukan mangsa, malah gambar dipercayai wanita itu berpakaian karakter anime turut tersebar.

Pasukan bomba dipanggil bagi membantu operasi khas pembersihan di lokasi berikutan keadaan jasad mangsa akibat impak kejadian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker