Warga asing kembali ambil alih premis perniagaan di Kuala Lumpur seolah-olah tindakan keras tidak pernah ambil
Kuala Lumpur, Julai 15 – Enam bulan lalu, pihak berkuasa diketuai Pasukan Gerakan Am polis menjalankan operasi secara besar-besaran di Ibu Kota bagi membanteras pendatang tanpa izin di Jalan Silang yang juga dipanggi sebagai mini-Dhaka hab kedai kendaliaan warga asing.
Difahamkan kebanyakan kedai di sekitar Kuala Lumpur, dilesenkan kepada rakyat Malaysia yang memajakkan premis mereka itu kepada warga asing, menjalankan perniagaan, dimana satu amalan yang diseru sebagai “Ali Baba”.
Menurut sumber New Straits Times, pihaknya mendapati perniagaan warga asing kembali seolah-olah tindakan keras tidak pernah diambil oleh pihak berkuasa.
Dikatakan warga asing menjalankan semua jenis perniagaan, termasuk tekstil, barangan runcit, telefon bimbit dan mainan, serta gerai makanan dan juga menjual daging.
Mengulas lanjut, sumber juga mengulas berkata, perkara itu bukan sahaja berlaku di Kuala Lumpur, malah sering berleluasa di seluruh Malaysia dan menerima pelbagai komen daripada warga tempatan yang risau dengan peniaga tempatan yang hendak mencari rezeki untuk melakukan perniagaan.
Ada juga berkata, supaya pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera dan berat terhdap aktiviti warga asing ini.