
Kuala Lumpur, Julai 20 – Warga Bangladesh yang hendak pulang ke tanah air terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA 2), akibat kegagalan sistem Teknologi Maklumat Global dan juga difahamkan akibat pertempuran di Ibu Negara itu.
Tinjauan Telus di KLIA 2 semalam mendapati rata-rata warga Bangladesh kecewa dan risau dengan ahli keluarga yang kini berada di Bangladesh, ketika ditemu bual bersama seorang warga Bangladesh juga merupakan wartawan 24hourbd, di negara itu berkata beliau berasa risau dengan keadaan keluarganya di situ selepas beliau tidak dapat hubungi ahli keluarganya di Dhaka.
Jahir turut berkata sehingga kini, beliau masih tidak mendapat sebarang maklumat lanjut berkenaan penjadualan semula penerbanganya ke Dhaka, Bangladesh dan rasa tidak selamat dengan keadaan semasa di Dhaka.
Katanya lagi, rumah beliau hanya lima minit daripada Lapangan Terbang Hazrat Shahjalal di Dhaka, dan beliau tidak dapat hubungi keluarganya di situ lebih 12 jam, dan risau dengan keadaan semasa di situ.
Difahamkan, lebih 200 pelajar terkorban dalam petempuran antara penunjuk perasaan pelajar dan polis, dimana kini sudah tiga hari sejak sistem elektrik,Wi-fi dan Internet di Bangladesh ditutup sepenuhnya.