Malaysia
Warga Emas Rempuh Kedai Stesen Minyak di Bercham

Seorang warga emas berusia 77 tahun hilang kawalan ketika memandu Perodua Myvi hingga merempuh kedai sebuah stesen minyak di Bercham, semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata kejadian berlaku pada jam 11.30 pagi dan menyebabkan dinding kaca serta peralatan premis rosak.
“Siasatan awal mendapati pesara guru itu hilang kawalan selepas melanggar bonggol dan dipercayai tertekan pedal minyak secara berlebihan. Kereta tersebut kemudian merempuh masuk ke dalam premis,” katanya.
Beliau mengesahkan tiada pelanggan di lokasi kejadian dan tiada kecederaan dilaporkan.
Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 kerana gagal mengawal kenderaan semasa memandu.