EksklusifMalaysia

Warga emas rugi lebih RM400,000, terpedaya pelaburan mata wang digital di Batu Pahat

Kuala Lumpur, Julai 7 – Lelaki warga emas rugi lebih RM400,000
terperdaya dengan sindiket pelaburan mata wang digital yang tidak wujud pada Mac lalu.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, mangsa berusia 64 tahun itu telah berurusan dengan inidvidu tidak dikenali melalui laman Facebook sebelum meneruskan komunikasi melalui aplikasi WhatsApp.

Katanya, mangsa tertarik dengan keuntungan besar yang ditawarkan menerusi pelaburan mata wang digital itu telah diberikan pautan laman web kakauet.com.

Difahamkan mangsa kemudian memasukkan maklumat di dalam platform tersebut dan dalam tempoh 3 April hingga 18 Jun mangsa telah membuat pindahan wang ke lapan akaun berbeza secara berperingkat berjumlah lebih RM400,000.

Shahrulanuar mengulas berkata mangsa kemudiannya menerima mesej daripada suspek menyatakan akaun pelaburannya telah disita oleh Kementerian Kewangan Amerika Syarikat dan perlu membuat bayaran sebanyak tiga peratus dari jumlah pelaburan untuk menebusnya.

Mangsa tidak berbuat demikian kerana mengesyaki telah ditipu dan membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker