Malaysia

Warga Emas Rugi RM562,000 Ditipu Skim Pelaburan Facebook

KLUANG: Seorang lelaki berusia 80 tahun kerugian RM562,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata mangsa membuat laporan polis semalam selepas menyedari pelaburan itu tidak wujud.

Mangsa mula berhubung dengan suspek melalui WhatsApp selepas melihat iklan pelaburan “Yee Yin Value Investment” di Facebook pada September tahun lalu.

Tertarik dengan janji keuntungan tinggi, mangsa mendaftar di laman web yang diberikan suspek dan membuat lapan transaksi ke tiga akaun bank berbeza dari September 2024 hingga Februari tahun ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker