Malaysia

Warga Israel dipenjara 7 tahun miliki senjata dan peluru

PETALING JAYA: Warga Israel, Avitan Shalom, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah memiliki 200 butir peluru dan enam senjata api tanpa permit tahun lalu.

Hakim Zaki Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan lelaki berusia 39 tahun itu di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960. Hukuman berjalan serentak dari tarikh tangkapan pada 28 Mac 2024.

Shalom didapati memiliki pelbagai jenis peluru serta enam senjata api tanpa lesen, termasuk Glock 19 USA 9×19 dan Sig Sauer P3205P. Semua senjata dan peluru ditemui di sebuah bilik hotel di Jalan Ampang antara 26 hingga 28 Mac 2024.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker