Warga Singapura pecah rekod makan nasi kandar bernilai RM300,Netizen kagum!
Kuala Lumpur, Jun 27 – Baru-baru ini satu video sering tular di media sosial yang memaparkan lelaki warga Singapura, memecah rekod makan nasi kandar bernilai RM300.
Difahamkan, perkara itu dikongsikan oleh pemegang sosial media Nasi Kandar Sulaiman bertempat di Pulau Pinang yang menyatakan lelaki warga Singapura berjaya pecah rekod makan hidangan yang bernilai RM300 itu,
Sebelum ini, rekod itu pernah dipegang orang seorang warga tempatan yang makan nasi kandar mencecah harga RM218.
Video lelaki itu, menjadi ‘trending’ dan menjadi buah mulut orang ramai di alam maya, yang menyatakan perkara dilakukan itu luar biasa dan ada juga komen berkata lelaki itu seharusnya cuba pecah rekod makan nasi kandar yang bernilai RM500.
Mengulas lanjut, rata-rata netizen kagum dengan perbuatan lelaki itu, ada yang menyatakan rasa bangga kerana nasi kandar merupakan makanan yang dikagum rakyat Malaysia dan ia juga terkenal di luar negara juga.