Malaysia

WhatsApp Menteri Saifuddin digodam, orang ramai diingatkan agar berwaspada

PETALING JAYA – Akaun WhatsApp Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, disahkan telah digodam, menurut kenyataan rasmi pejabat beliau petang semalam.

Insiden tersebut telah dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya sekiranya menerima mesej atau panggilan atas nama Saifuddin, terutamanya jika melibatkan permintaan wang atau pelawaan untuk pertemuan,” jelas kenyataan itu.

Pejabat beliau turut mengecam tindakan tidak bertanggungjawab individu yang menyalahgunakan identiti menteri dan berharap orang awam tidak terpedaya.

Dalam masa yang sama, orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap penipuan siber dan segera melaporkan sebarang aktiviti meragukan kepada pihak berkuasa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker