Hiburan

‘When Life Gives You Tangerines’ raih 32.9 juta tontonan di Netflix, skor 100% di Rotten Tomatoes!

 

Tanpa gimik atau kempen promosi meluas, drama bersiri Korea When Life Gives You Tangerines berjaya meraih 32.9 juta tontonan sejak tayangannya pada 7 Mac lalu, serta mencatat skor penonton sempurna 100% di Rotten Tomatoes.

Drama yang dirakamkan di Pulau Jeju ini mengikuti kehidupan Oh Ae-sun, lakonan IU, yang terus mengejar impiannya walaupun hidup sering diuji.

Hubungannya dengan Yang Gwan-sik, lakonan Park Bo-gum, menjadi fokus cerita yang merentasi beberapa dekad dengan nilai-nilai hubungan percintaan dan kekeluargaan,

Berbeza daripada drama penuh konflik, siri ini menonjol melalui naratif tenang yang menyentuh tema seperti ketabahan, kehilangan dan identiti budaya, disulami keindahan tradisi unik Pulau Jeju.

Keserasian antara IU dan Park Bo-gum turut dipuji kerana lakonan yang sederhana namun penuh makna serta memberi kesan emosi kepada penonton.

Diarah oleh Kim Won-seok dan ditulis oleh Lim Sang-choon, siri ini turut mencatat sejarah sebagai antara K-drama dengan bajet paling tinggi mencecah AS$40 juta (RM190 juta).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker