Dunia

White House berkeras dakwa serangan AS tepat sasaran nuklear Iran

White House menegaskan bahawa serangan udara Amerika Syarikat terhadap Iran berjaya mengenai sasaran utama program nuklear negara itu, meskipun laporan risikan yang dibocorkan mendakwa sebaliknya.

Sebelum ini, laporan CNN dan The New York Times memetik penilaian risikan yang mendakwa serangan hanya menangguhkan kemajuan program nuklear Iran selama beberapa bulan dan tidak memusnahkan komponen teras.

Namun, White House menolak dakwaan itu dan menegaskan keyakinan mereka terhadap keberkesanan operasi yang dijalankan.

Mereka turut menyifatkan kebocoran dokumen risikan berkenaan sebagai tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh individu dalam komuniti risikan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker