White House buat kemunculan di TikTok

Rumah Putih melancarkan akaun rasmi di TikTok meskipun undang-undang AS mewajibkan aplikasi milik ByteDance itu dijual atau diharamkan atas faktor keselamatan negara.
Akaun tersebut meraih lebih 36,000 pengikut dalam tempoh empat jam selepas memuat naik video pertama berdurasi 27 saat.
Presiden Donald Trump yang sebelum ini menyokong larangan TikTok, kini menangguhkan penguatkuasaan undang-undang tersebut.
Beliau melanjutkan tempoh akhir selama 90 hari sehingga pertengahan September untuk mencari pembeli bukan dari China.
Trump yang memiliki lebih 110 juta pengikut di TikTok percaya platform itu membantunya mendekati pengundi muda, sekali gus mengubah pendiriannya dan berikrar mempertahankan aplikasi yang digunakan hampir dua bilion orang di seluruh dunia.