Kuala Lumpur, Ogos 15 – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam global buat kali kedua dalam tempoh dua tahun selepas covid-19.
Pengisytiharan itu dilakukan berikutan wabak jangkitan virus di Republik Demokratik Congo yang merebak ke negara jiran.
Mpox merupakan penyakit virus yang merebak melalui hubungan rapat, dan kebiasaannya ringan, namun, ia boleh membawa maut dalam kes yang jarang berlaku.
Difahamkan ia akan merebak melalui sentuhan fizal antara individu atau haiwan yang akan dijangkiti menyebabkan simptom seperti selesema dan ruam melepuh.