Yassin Senario dedah keperitan dialami ketika ditahan di Arab Saudi

Pelawak terkenal Yassin Yahya atau Yassin Senario mendedahkan pengalaman sukar ketika ditahan di Arab Saudi selama lapan hari pada Oktober tahun lalu semasa menunaikan umrah.
Beliau terpaksa tidur berdiri di lokap yang sesak sebelum dibenarkan berehat di depan pintu tandas.
Selepas sepuluh hari ditahan di balai polis, Yassin dipindahkan ke Pusat Pentadbiran Dan Pengusiran Warga Negara Asing pada 5 November.
Hubungan dengan pihak konsulat Malaysia menjadi satu-satunya harapan untuk berhubung dengan keluarga, walaupun komunikasi sering terganggu.
Pada 19 November, Yassin menjalani perbicaraan dalam talian dan dihukum enam bulan penjara kerana memiliki barangan bercetak lambang larangan.
Beliau mengakui tersilap membawa barangan terlarang tanpa disedari tetapi menegaskan dirinya bukan penyeludup.
Yassin pada masa sama menekankan pentingnya memahami undang-undang tempatan sebelum melancong ke luar negara.