Malaysia

Zahid mohon maaf isu kaitkan malaikat, akui khilaf

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf atas kekhilafan kata-katanya yang menyentuh perumpamaan tentang malaikat ketika menggambarkan tekanan memimpin UMNO.

Dalam penjelasan di Facebook, beliau mengakui ucapan itu dibuat dalam keadaan emosi untuk menunjukkan ujian yang dilalui sebagai pemimpin, namun sedar perbandingan itu menimbulkan kekeliruan dan boleh disalah tafsir.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan Timbalan Perdana Menteri berkata beliau menerima setiap teguran dengan hati terbuka, selain memohon ampun kepada Allah SWT dan meminta maaf kepada semua.

Katanya, nilai seorang pemimpin bukan hanya pada tutur kata, tetapi juga pada keikhlasan menginsafi serta belajar daripada kesilapan.

Permohonan maaf itu susulan petikan ucapannya sebelum ini yang tular di media sosial ketika beliau mengimbas pengalaman selepas BN tewas pada PRU 2018.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker