Malaysia
Zamri Vinoth direman dua hari – KPN

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, direman dua hari bagi membantu siasatan kes menghina agama dan menggugat ketenteraman awam di Facebook.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, memaklumkan bahawa Zamri, 41, ditahan di Kangar, Perlis pada Khamis selepas seorang lelaki berusia 62 tahun membuat laporan mengenai komen berunsur hasutan terhadap agama Hindu.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998. Polis turut merampas sebuah telefon bimbit sebagai bahan bukti.